PAK HABIB DAN KISAH PENUNGGU PULAU BESAR (BIG ISLAND, MELAKA)

on Friday 06 June 2008 - 10:18:00 | by admin
     
Rahim.jpg

"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka is adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."


                                                          Asy Syura ayat 30


Kemasyhuran, kemuliaan dan kebesaran yang ada pada Almarhum Syeikh Ismail atau Sultan Arin keramat Pulau Besar, tidak akan menjadi 'obstacle' pada cita-cita dan visi Rahim. Almarhum termasyhur kerana keilmuannya mengenai `Sufism' atau `Tasawuf'. Sayangnya 'karamah' yang ada padanya hanya diketahui oleh sebahagian manusia yang mempelajarinya dan meminatinya saja, yang lain menganggap `karamah' ini sama seperti `karamat' pada batu, pokok dan benda karut. Maka masyarakat menjadi salah anggap terhadap kera¬mat Pulau Besar yang tidak berdosa pada sesiapa.

4HB. SEPTEMBER, 1991 saya bersama Pengurus Besar, Saudara Masaud dan pekerja-pekerja Tapa-Nyai Resort, jurugambar dan pemberita media massa dan elektronik serta ahli politik negeri Melaka berdiri di atas jeti Pulau Besar menunggu ketibaan Perdana Menteri yang akan merasmikan Tapa-Nyai Island Resort.

Dr. Mahathir dan jemaah menteri kabinet dan rombongan mereka terlambat hampir dua jam akibat motor boat yang mereka naiki terkandas. Sebaik saja memotong ribbon, Che Det bersalaman dengan saya. Perkataah pertama yang terkeluar dari mulutnya ialah:

"Nak tulis apa pula ni?" beliau bercakap sambil berjalan, saya percaya Che Det mengikuti ruangan saya di Mingguan Waktu. Tan Sri Rahim Tamby Chik, YB Ali Rostam dan saya mengiringi Dr. Mahathir hingga ke Pulau di mana penduduk Melaka sedang menunggu.

Saya sampai jauh lebih awal dari rombongan mereka. Saya berbaju hijau 'hijau keramat' bila ditanya oleh jemaah menteri yang mengenali saya.

"Buat apa di sini?" Saya jawab kini saya sudah jadi Penunggu Pulau Besar. Saya berharap dan mendoakan agar mereka yang datang pulang dengan selamat.

Dalam bulan Julai 1991, saya ke Melaka untuk menemui Tan Sri Rahim Tamby Chik yang baru kembali dari Chile. Rahim adalah kawan lama saya, bila lama tak jumpa maka tentu ada banyak cerita, terutama mengenai `kemarau', yang menjadikan bumi Melaka kering kontang. Banyak yang meletakkan sepenuh kesalahan di bahu Rahim kononnya disebabkan Rahim merobohkan `Keramat Pulau Besar, bala telah menimpa negeri Melaka. Apakah dosa ini Rahim seorang saja yang inesti menanggungnya? Bagaimana dengan umat Islam yang lainnya?
Rahim beruntung mendapat kepercayaan sepenuhnya dari Dr. Mahathir. Rahim berani, dia mempunyai visi dan perancangan untuk memajukan negeri. Dia tak peduli siapa pun, yang penting pentadbirannya adalah yang terbaik kalau dibandingkan dengan Ketua Menteri sebelumnya. Adat dunia bila ramai yang memuji tentu pula ramai yang tak suka dan mengeji.

Dengan keberanian yang ada pada dirinya Rahim mengubah Melaka. Kini Melaka menjadi tumpuan pelancong, Kubu Porta di Sentiago (A Famosa), bangunan merah Stadhurst dan Rahim telah niembangunkan replika istana kesultanan Melayu abad ke 15. Melaka pada 10 tahun lalu adalah tempat pertemuan kebudayaan Timur dan Barat.

Bulan Ogos 1985, saya telah menulis sebuah buku mengkritik Rahim. Buku tersebut bernama "HANTU BUKIT CINA". Satu keistimewaan Rahim, dia tidak berdendam dan memusuhi saya. Saya menghormatinya kerana jiwa besar yang ada padanya dan kami masih berkawan seperti dulu juga.

Tengahari 21hb Julai, Rahim menelefon Hotel Ramada tempat saya menginap di mana saya menjadi tetamu Ketua Menteri, Rahim menjemput saya makan tengahari dengannya. Saya bercerita padanya llama buku terbaru saya adalah 'MUNGKIN AIRLAH YANG BERJAYA' Rahim terkejut mendengar, bahawa 'Airlah yang akan "tenang', pada sangkaannya Rahimlah yang menang akhimya, kerana kedudukan dan kuasa kini berada di tangannya.

Seandainya Rahim berada di zaman Kesultanan Melaka, tentu beliau dipanggil "Tuanku Abdul Rahim kerana gelaran 'Tuanku' diberikan kepada orang yang terkenal. Kita juga tidak hairan kiranya di pangkal nama Rahim ada perkataan DYMM Tuanku Abd Rahim dan tidak mustahil seperti adat raja-raja Melayu, beliau juga akan disembah.

Yang menyedihkan hati saya, biarpun kuasa agama berada di tangan T.Y.T Gabenor. Namun T.Y.T seolah-olah tidak ambil tahu apa yang berlaku terutama yang berkaitan dengan agama sedangkan semasa Sayidina Umar Ibni Khattab r.a. menjadi Gabenor, beliau bertanggungjawab, walaupun ke atas seekor kambing yang mati di bawah tanggungjawabnya.

Datuk Mufti Negeri bukan boleh harap sangat, orang sudah `pencen' diambil semula bekerja dari tahun ke tahun. Seandainya Mufti hidup di zaman Umar r.a. tentu beliau kena tempeleng seperti apa yang telah berlaku terhadap Abu Hurairah r.a.

Berkata Umar r.a.

"Apabila tergelincir orang yang berilmu, maka tergelincirlah segenap alam dan makhluk."

Maka kita tak hairan kiranya hajat Tan Sri Rahim membangunkan Melaka dipersetujui seluruhnya tanpa sedikit pun tentangan oleh mufti dan para ulama, walaupun terdapat `School of thought' yang berbeza. Namun dalam masa yang sama umat Islam terus bermusuh-musuhan kerana perbezaan pemikiran. Apakah kerana perbezaan pendapat ini kita hares terns hidup berbalah sesama sendiri yang akhimya mati kesan sejarah Islam, luput di muka bumi. Inilah zaman yang dari dahulu kita takuti, sebagaimana diterangkan dalam qaul (perkataan) Ka'ab dan Ibnu Mas'ud.

Berkata Umar r.a.

"Apabila engkau lihat seseorang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah dia mengenai agamanya! Kerana tiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan din dengan apa yang dicintainya itu."

Melaka dulu adalah Pusat Perdagangan yang terkenal di seluruh dunia. Pusat pemerintahan dan kuasa politik berada di tangan Melayu. Melayu yang pemah menjadi satu bangsa yang bestir yang dikagumi dan dihormati tetapi akhimya disebabkan sikap sultannya yang hidup bermaharajalela, Melaka lenyap dari sejarah hingga kita mencapai kemerdekaan.

Apakah tidak mustahil kiranya orang Melayu terus terlupa bahawa kekuasaan dan kebesaran adalah milik Tuhan? Melayu akan jadi seperti masyarakat Portugis yang kini tinggal di Portugis settlement, padahal satu masa dulu mereka menjadi tuan di negeri ini.
"Sejarah telah membuktikan bagaimana bangsa seperti Babylonia, Assyria, Mecedonia, Carthagenia yang begitu kuat dan maju jaya telah hilang dari muka bumi ini, sudah tentu bangsa yang lemah seperti orang Melayu akan lebih mudah hapus jika mereka kurang faham tentang kuasa-kuasa yang ada pada mereka dan, kerana terdorong oleh nafsu, menyalahgunakan kuasa itu."
(Menghadapi Cabaran - Dr. Mahathir)

Melaka kini sudah mcmpunyai bandar kembar dengan Amerika Selatan dan lain-lain negara di dunia. Rahim telah membawa kemasyhuran ke negara `Hang Tuah'- Lagenda Melayu yang hanya'tinggal nama. 'Sayang seribu kali sayang' kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Nak cari untung sekarung, rugi seguni. Inilah yang ditakuti apabila membinasakan budaya kubur, mematikan budaya Islam yang telah hidup bertahun lamanya kerana terlalu ghairah mencari untung melalui pelancongan.

Kemasyhuran, kemuliaan dan kebesaran yang ada pada Almarhum Syeikh Ismail atau Sultan Arifin keramat Pulau Besar, tidak akan menjadi `obstacle' pada cita-cita dan visi Rahim. Almarhum termasyhur kerana keilmuannya mengenai `Sufism' atau `Tasawuf. Sayangnya 'karamah' yang ada padanya hanya diketahui oleh sebahagian manusia yang mempelajarinya dan mcminatinya saja, yang lain menganggap 'karamah' ini sama seperti 'karamat' pada batu, pokok dan benda karut. Maka masyarakat menjadi salah anggap terhadap keramat Pulau Besar yang tidak berdosa pada sesiapa.

Ahli Hikmah ada berkata:

Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu. Firman Allah.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Alah itu ialah orang yang lebih bertaqwa kepada-Nya.Tidak ramai yang dapat tahu sejarah Armarhum Syeikh Ismail Arifbillah 'Wali Allah' sebagai tokoh kerohanian yang hampir dengan Allah SWT. Sebagai 'rijalullah' atau 'rijalul ghaib' peranannya amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir. Tugas Syeikh Ismail amat besar, semasa hayatnya beliau banyak berjasa dalam hal-hal dakwah dan memainkan peranan mengamankan lanun di laut Selat Melaka. Jauh lebih penting dari Nyai Anjus Moro, Puteri Gunung Ledang yang kononnya dipercayai sebagai orang pertama yang menjejakkan kaki ke Pulau Besar. Lupakah kita betapa terseksanya rakyat Melaka bila Sultan berhajat hendak berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang? Tapi akhirnya wanita juga yang mewarisi kemasyhuran, kesan kakinya dijadikan Tapa Nyai Resort.Keramat-keramat Kristian St. Paul, St. Xavier dan lain-lain dijaga dengan baik kerana wali-wali Kristian ini adalah kesan sejarah Portugis menjajah Melaka.

Yang jadi salah ialah bila yang datang itu memikirkan kubur itu yang makan makanan, kubur keramat itu yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka. Orang yang jahil ini mesti diberi pandangan tentang apa itu keramat, bukan ditangkap dan dihukum.
Apakah ini zamannya di mana segala 'kebenaran' ditolak sedangkan 'kezaliman' dan 'kejahatan' mendapat sambutan?

Apakah kerana takut kononnya orang Islam akan sesat oleh perbuatan "khurafat" maka Majlis Agama Islam menghancurkan kawasan perkuburan dan bangunan serta tidak membenarkan umat Islam bersembahyang di 'masjid' yang baru dicat waktu pembukaan Tapa-Nyai?

Saya tidak fikir Dr. Mahathir merestui perbuatan macam ini. Kalau nak 'Ampusikum' ampulah boss tapi nak ampu bosspun takkan sampai macam itu punya zalim sekali? Dr. Mahathir pernah menziarahi makam Imam Bukhari semasa lawatannya ke Uzbekistan USSR.

Mana lebih baik, menziarahi kubur yang dianggap sebagai khurafat atau membawa maksiat ke pulau? Lee Kuan Yew masa jadi Perdana Menteri tidak menyentuh kubur Keramat Habib Noh Al-Habsyi di Palmar Road. Lee membiarkan Majlis Agama Islam memperbaiki dan mengindahkannya. Minyak dengan air tidak bercampur.
Makam Habib Nuh adalah satu tarikan pelancong yang sering diziarahi oleh orang ramai dan umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat 'keberkatan' daripada `kewaliannya'. Bukankah menziarahi kubur itu sebagai memenuhi seruan Rasulullah SAW? Menziarahi kubur dapat mengingatkan mati (zikrul maut).Apa salahnya keramat Syeikh Ismail dijadikan tarikan pelancong? Baghdad kota hiburan seribu satu malam, terdapat banyak makam Wali Allah termasuk makam Syeikh Abdul Kadir Jalani, Sultan Aulia. Begitu juga Makam karamah di negara lain termasuk negara komunis, mereka tidak bertindak seperti Majlis Agama Islam Melaka.Presiden Saddam Hussein sentiasa menjaga Makam `karamah' dengan baik, pada hal kerajaannya adalah sosialis. Mungkin akibat memuliakan wali Allah, Amerika dan 28 negara lain gagal untuk menewaskannya.Di bandar Kaherah saja terdapat berapa banyak makam `karamah' yang sentiasa diziarahi oleh umat Islam, Makam Syed Ahmad Al Kafeel, di mana terdapat kubur King Farouk, Shah Iran dan makam imam Syafie.Yang peliknya, kenapa ulama kita hari ini lebih heboh dengan menziarahi makam, sibuk nak tangkap orang-orang yang 'berzikir' dalam gelap daripada mengkritik dan menegah pemimpin-pemimpin mereka yang menari dan mabuk-mabuk di disko-disko dan kelab malam sedangkan itu adalah satu kemungkaran yang cukup besar?Ulama siang hari susah hati, orang pergi membayar nazar, sembelih kambing dan menjamu orang makan. Padahal mereka buat kenduri di hari pertama hingga hari ke tujuh, hari 40 dan 100 hari bila keluarga mereka mati tak mengapa. Bila ditanya, itu kenduri arwah. Ini semua double standard punya kerja.

Semoga kejadian Air tidak turun dari langit dan air tidak mahu keluar dari bumf bolehlah memberikan kesedaran kepada mereka sebagai bala dari Allah akibat umat Islam tidak melakukan apa yang telah diamanahkan kepada mereka, tidak menyeru manusia supaya berbuat baik dan menegah kemungkaran.

Mungkin kemarau ini sebagai satu bala akibat dosa-dosa kita semua yang tidak menunaikan tanggungjawab kita sebagai orang yang beriman kepada Allah.

"Dan wahai kaumku, mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya supaya Ia menghantarkan kepada kamu (hujan lebat serta menam¬bahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada. Dan janganlah kamu membelakangkan seruanKu dengan terus membuat dosa."

Al-Hud 52
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam surah Asy Syura ayat 30, yang bermaksud:

"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka is adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan 'bala' yang diturunkan Allah itu adalah disebabkan oleh kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia. Tetapi dalam pada itu kerana sifat menurunkan kesemua `bala' itu dan sifatnya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang maka banyak dosa-dosa manusia itu diampunkanNya.

Ketika Allah menurunkan `bala' di atas muka bumi, `bala' itu bukan sahaja mengenai orang yang melakukan dosa tetapi juga mengenai orang yang tidak membuat dosa. Dalam hal ini semua akan mendapat bahananya.

Hal ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah Al-Anfal ayat 25 yang bermaksud:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dan (yang membawa bala dan bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang zalim antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah betapa maha berat seksa-Nya."

Oleh itu dalam hal ini Allah telah menganjurkan supaya manusia memperbanyakkan 'istighfar' dan selalu meminta ampun kepada Allah dan berhenti dari melakukan dosa supaya kejadian `bala' dan bencana tidak berlaku dan menimpa kita.

Dipetik dari buku:"Memo kepada Perdana Menteri" (1992)
Back to category overview   Back to news overview
Older News
Newer News