Assalamu’alaikum w.b.t.
Sahabatku, perwakilan-perwakilan ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sekalian.
Sememangnya, saya bukanlah salah seorang yang terpilih untuk mewakili rakan-rakan Pemuda yang lain ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2008 akhir bulan Mac ini. Namun begitu, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya dalam pemilihan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ini, memandangkan calon yang dipilih nanti perlulah seseorang yang benar-benar layak dan mampu untuk memimpin Pemuda dalam suasana politik negara yang kian mencabar masa ini.

Saya telah menyaksikan sendiri kempen ketiga-tiga calon PPUM – Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo dan Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar - baik melalui ucapan di majlis-majlis tertentu, wawancara atau temuramah di media massa selama tempoh hampir 4 bulan ini. Pelbagai hujah yang telah dikemukakan oleh setiap calon dalam menerangkan perancangan mereka untuk memimpin PPUM. Setelah meneliti dan mengkaji perancangan serta visi mereka, keperluan Pemuda pada hari ini dan akhirnya keperibadian calon itu sendiri, saya telah membuat kesimpulan bahawa calon yang paling layak untuk menerajui PPUM ialah Saudara Khairy Jamaluddin (KJ).
Biarlah orang muda yang dipilih untuk memimpin Pemuda. Ini adalah penting kerana hanya seorang pemimpin muda seperti KJ, 33 tahun, akan memahami segala masalah, cabaran, harapan, hala tuju, dan naluri golongan muda masa kini. KJ tidak akan menjadi Ketua Pemuda untuk satu penggal sahaja. Jawatan Ketua Pemuda bukan dijadikan sebagai satu loncatan, disinggah untuk satu penggal sahaja.
KJ juga, dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Naib Ketua Pemuda PPUM selama 4 tahun yang lalu, telah menimba pelbagai pengalaman yang membolehkan beliau memahami keadaan dan keperluan Pemuda. KJ juga adalah satu-satunya calon yang kini memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian, menyebabkan beliau memahami masalah Pemuda di Bahagian. Pengalaman yang diperolehinya sudah tentu akan membantu beliau untuk menzahirkan satu ‘transformasi’ yang diperlukan bagi menguatkan atau menarik kembali minat dan sokongan orang muda kepada UMNO.
Tidak dinafikan, ada suara yang mengatakan bahawa KJ adalah liabiliti kepada UMNO dan hanya berjaya selama ini kerana beliau adalah “menantu PM”. Hakikatnya, cercaan sebegini akan tamat tidak lama lagi, setelah Pak Lah berundur dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Kita tidak sepatutnya menghalang KJ dari mengembangkan potensinya atau menabur bakti kepada UMNO semata-mata berlandaskan kepada persepsi yang saya percaya direka untuk mengaburi kebolehan dan ketokohan sebenar anak muda ini.
Janganlah juga KJ dihukum dengan serangan ke atas peribadi beliau yang tidak pernah disokong dengan bukti. Hakikatnya, KJ adalah seorang yang tiada menghiraukan protokol, mudah berjenaka, mendengar dan menerima pandangan serta ‘selamba’ menjadikan perbualan dan perbincangan yang pernah saya kongsi bersama dengan beliau berjalan dengan selesa dan sempurna. KJ sendiri tiada gelaran seperti Datuk atau Datuk Seri dan tidak pernah diminta dilayan seperti Menteri. Golongan muda mudah mendekati beliau.
KJ adalah sebahagian dari kita. Tidak salah jika saya nyatakan bahawa KJ adalah satu-satunya calon yang mementingkan kebajikan Pemuda, dengan visi untuk memperkasakan ahli-ahli PPUM walaupun selepas tamat sessi pemilihan. Beliau juga pernah menyatakan betapa pentingnya bagi Pemuda berperanan sebagai pemudah cara untuk memastikan pemerkasaan ekonomi orang muda di peringkat akar umbi berjalan dengan baik. KJ juga telah melahirkan hasrat untuk mengatasi kekangan yang dihadapi oleh setiap Pemuda UMNO akar umbi setiap kali ingin melaksanakan aktiviti di cawangan masing-masing.
Ahli Pemuda sememangnya senang berbicara dengan KJ. Namun begitu, kita juga mahukan pemimpin yang juga mampu berkomunikasi bukan sahaja dengan PPUM, tetapi dengan masyarakat umum juga. Ciri-ciri ini dimiliki oleh KJ. Beliau adalah pemidato yang hebat. Ini dibuktikan apabila beliau berjaya mematahkan pelbagai serangan Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS, di Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia di Kelantan yang dihadiri oleh 3000 penyokong PAS dan PKR baru-baru ini.
Ternyata, KJ juga digeruni pihak pembangkang. Walaupun baru dipilih menjadi ahli Dewan Rakyat, beliau sering bangun berdebat dengan barisan pembangkang sama ada untuk mempertahankan PPUM, UMNO atau pun Kerajaan. Seringkali media massa, dalam mengulas prestasi Ahli Parlimen, meletakkan nama beliau setanding dengan tokoh-tokoh pembangkang yang jauh lebih berpengalaman. Beliau antara Ahli Parlimen yang berani dan mampu menentang Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Karpal Singh dalam dan luar Parlimen.
Kebolehan berpidato yang menyebabkan beliau digeruni pihak pembangkang adalah hasil dari daya intelek beliau yang tinggi dan tajam. Tanyalah kepada mereka yang pernah menjejakkan kaki di pejabat beliau, pelbagai buku tersusun kemas di almari beliau. Hasil tulisan KJ di surat khabar atau dalam laman webnya sendiri, seringkali mempertengahkan idea-idea yang bernas yang ada kalanya mencetus perbincangan yang lebih mendalam mengenai sesuatu isu atau polisi. Antara cadangan terbaru yang dibawa oleh KJ ialah bagi satu insurans pengangguran dipekenalkan, bagi meringankan beban mereka yang diberhentikan kerja berikutan kegawatan ekonomi global. KJ juga selalu membawa isu-isu pemerkasaan generasi muda samaada dari segi pendidikan, keusahawanan terutama dalam aspek penyertaan generasi muda serta penjanaan pekerjaaan.
Saya percaya KJ akan berusaha untuk membawa pembaharuan dalam Pemuda. Saya sendiri telah mendengar perancangan beliau untuk berinteraksi dengan pelbagai golongan muda, dari imam muda hinggalah kepada golongan professional yang dikatakan kurang berminat dengan UMNO. Namun begitu, ada yang meragui kesungguhan KJ untuk melaksanakan pembaharuan yang diperlukan oleh Pemuda. Ini adalah keraguan yang tidak adil. KJ telah seringkali membuktikan kemampuannya dan kesungguhannya dalam melaksanakan sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Contohnya, sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Sayap Pemuda BN, KJ, bersama-sama dengan ahli Pemuda yang lain, telah bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan. Jangan kita terlupa bahawa KJ telah menerajui 5 pilihan raya kecil dengan jayanya sebelum kekalahan di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Ada juga kata-kata bahawa KJ adalah calon yang tidak disenangi oleh bangsa bukan Melayu. Mungkin ini ada benarnya, tetapi persepsi sebegini sudah tentu timbul kerana kelantangan KJ sendiri untuk mempertahankan bangsa Melayu itu sendiri. Di Pehimpunan Agung UMNO 2005, KJ telah menggesa agar Kerajaan menetapkan semula matlamat agenda Melayu yang belum dicapai melalui Agenda Nasional Baru bagi tempoh 15 tahun akan datang. Apakah salahnya untuk beliau mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu, terutamanya apabila kita semakin ketinggalan berbanding dengan bangsa yang lain?
Janganlah kita hanya melihat kepada persepsi mengenai KJ tanpa cuba mendalami siapakah KJ yang sebenarnya. Walaupun KJ adalah calon yang juga paling segak dan kacak, dengan ketinggian yang membuatkan beliau nampak berkeyakinan dan vibrant jika dibandingkan dengan calon-calon yang lain, keperibadian, kebolehan dan kesungguhan KJ lah yang membuatkan beliau adalah calon yang paling layak menjadi Ketua Pemuda PPUM.
Oleh itu, saya menyeru kepada rakan-rakan untuk membuat pemilihan yang bijak. Harapan kami, ahli Pemuda yang tidak akan mengundi di Perhimpunan ini, terletak kepada sahabat-sahabat sekalian. Undilah dengan bijak demi anak bangsa kita semua.
Selamat Bersidang.
Salam Setiakawan.
IBDILILLAH BIN ISHAK
Ketua Pemuda
Cawangan Taman Tun Dr Ismail
Jalan Athinahapan 1,
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur