Jam 10 pagi, Selasa 21 Januari 2009 dari jendela bilik 524 Hospital Ampang Puteri, saya melihat keadaan kawasan membeli belah Ampang Point dan kawasan sekitarnya. Keadaan di sekeliling dan manusia yang kelihatan, begitu juga dengan kenderaan tidak banyak beza dengan pemandangan di kota-kota besar di luar negara, cuma Ampang Point dan sekitarnya tidak memiliki pencakar langit seperti di segi tiga emas Bukit Bintang dan di seluruh ibu kota. Inilah hebatnya Malaysia jika dibandingkan dengan negara yang membangun dari segi kebendaan.
18 Januari 2009 ialah hari pertama saya berada di hospital di bawa oleh anak saya, Habib Omar atas permintaan saya sendiri. Bila terasa sakit cepat-cepatlah cari ubat sebelum parah kerana saya bimbang saya akan dihinggapi proses penurunan social sinking disebabkan sakit yang sementara akibat umur melebih umur seorang pesara.
Jika berasa diri berdosa cepat-cepat bertaubat, maut adalah benda yang paling dekat. Mana tahu, penulisan saya berakhir di sini sedangkan saya masih belum berjaya menemukan ubat penyakit masyarakat yang ditimbulkan oleh para pemimpin politik dan penulis yang mempunyai minda criminal mind serta kaki kacau.
Saya sebenarnya telah memecahkan rekod peribadi saya yang tidak pernah dimasukkan ke wad hospital. Masa yang dipinjamkan oleh Tuhan terlalu singkat, tugas dan tanggungjawab yang amat berat masih belum diselesaikan. Apakah susah sangat untuk menjaga satu badan yang diamanahkan? Apakah tidak malu dengan Tuhan yang telah meminjamkan kita akal dan memberikan Al-Quran dan sunnah Nabi untuk dijadikan ikutan?
Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang kamu mahu dustakan. - Ar-Rahman. Salah siapa kalau kita tidak gunakan akal untuk menguasai fikiran dan nafsu? Apakah kita pernah dengar gajah yang begitu besar perlu ke hospital kerana gagal menjaga badannya? Memori dan ingatannya jauh lebih hebat dari manusia tetapi tidak mempunyai akal dan hati. Kita punya kedua-duanya kenapa masih tidak bersyukur lagi?
Bangsa saya sakit terutama pemimpin UMNO, sama ada mereka masih dalam UMNO, sudah tukar nama kepada PKR atau akan melompat keluar dari UMNO dan masih kekal dengan Semangat 46. Apakah sudah ada ubat bagi umat yang hampir lumpuh disebabkan kesalahan fatal yang mereka lakukan akibat lupa Tuhan atau berlagak sebagai wakil Tuhan? Bangunlah bangsaku lawan penyakit berpunca dari hati akibat hati sakit, dengki dan busuk hati.
Saya belum mampu untuk berbaring dan berehat di hospital. Oh Tuhan berilah aku kekuatan yang ada pada datukku Imam Hussein anakanda Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib karamullah hu wajah, suami Fatimah Az-Zaharah puteri Rasulullah SAW.Jadikanlah setiap bulan itu bulan Muharam, setiap bumi jadi bumi Karbala dan setiap hari, hari Asyura.
- As-Shaid Chamron.
Bukanlah saya tidak pernah sakit, tetapi kenapa di bulan Muharam? Teringat saya bulan Firaun dan tenteranya ditelan lautan yang hanya dibelah oleh sebatang tongkat Nabi Musa. Jangan main-main dengan kebesaran dan kekuasaan Tuhan. Apakah mereka yang mengaku beriman tidak takut?
"Sejarah telah membuktikan bagaimana bangsa seperti Babylonia, Assyria, Mecedonia, Carthagenia yang begitu kuat dan maju-jaya telah hilang dari muka bumi ini, sudah tentu bangsa yang lemah seperti orang Melayu akan lebih mudah hapus jika mereka kurang faham tentang kuasa-kuasa yang ada pada mereka dan, kerana terdorong oleh nafsu, menyalahgunakan kuasa itu."
- Menghadapi Cabaran Dr. Mahathir
Demi masa manusia sentiasa berada di dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Masih adakah mereka yang mengaku sebagai pejuang agama yang beramal soleh bertaraf Mukminin, muklisin atau sekadar Muslimin yang bertopengkan Islam?
Setiap manusia pasti akan sakit, akan menjadi tua dan akhirnya akan mati. Dunia ini tempat kita tumpang lalu menuju ke akhirat yang kekal. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama yang bagaimana? Apakah saya sudah jadi seperti pemimpin UMNO, ibarat orang tua yang sakit? Sakit seperti Dr. Mahathir, umur sudah melebihi 80 tahun masih sibuk dengan urusan dunia mahukan anaknya mewarisi kerusi kuasa? Bila Manusia mengejar dunia, dunia akan lari darinya tetapi bila manusia yang mengutamakan akhirat dunia akan dekat padanya. Menung dan fikirkanlah.
Kalau sakit sikit-sikit itu biasalah, dan saya pasti akan melawan selagi terdaya, tetapi kali ini sudah tidak terdaya lagi, apakah saya mahu jadi seperti pemimpin UMNO yang dalam kesakitan selepas kekalahan di dalam pilihan raya yang ke-12 pada 2008? Baru kalah di Permatang Pauh, yang terbaru di Kuala Terengganu tetapi masih leka, sudah berputus asa? Bagaimana kita hendak melawan musuh jika kita masih bertelagah, bergaduh sesama sendiri? Siapa musuh kita sebenarnya jika bukan nafsu kita sendiri?
Untuk dapat bersikap positif menghadapi social sinking kita perlu membahas satu persatu penyebabnya. Pertama, apakah penyakit ini sementara atau ianya kanser yang parah hingga boleh membawa maut? Jika tidak membawa kecacatan yang fatal mesti lawan, mesti tabah menghadapinya. Sakit dan kekalahan adalah ujian Tuhan yang terbaik untuk kita redha.
UMNO jika mahu mati, patut sudah mati ketika Datuk Onn selaku Presiden dan anaknya, Tun Hussein menjadi Ketua Pemuda, meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Parti Negara. Kura-kura boleh hidup selama 300 tahun, tanya parti yang sudah berkubur dijadikan contoh? Betul ke UMNO akan mati jika tidak dibedah disebabkan penyakit yang kronik dan kalau dibedah pun belum tentu panjang umur? Sejak bila pula mereka ini ambil jawatan dari malaikat maut? Mungkin dapat firasat dari wali syaitan.
Allah yang menghidupkan dan Allah juga yang mematikan. Sudah tidak percaya Tuhan lagi ke? Kenapa tiba-tiba kita hilang semangat?
Mungkin ini satu kifarah untuk mengingatkan kita setiap kejadian Tuhan pasti ada kebaikan. Kenapa tidak berbaik sangka? Mari muhasabah diri dan redha. Apakah kerana kesilapan lupa diri kita jadi begini atau roh sudah mati sebelum ajal tiba?Sakit bukanlah penghalang segala aktiviti kita. Dunia masih belum kiamat. Apa salahnya kita memikirkan tentang alam kerohanian, bukankah kita ini manusia yang ada roh? Roh kita datangnya dari Allah. Ianya urusan Allah. Apa yang anda tahu tentang alam kerohanian? Pemimpin UMNO perlukan penasihat kerohanian.
Biarpun badan terbaring namun pemikiran masih hidup. Terima kasih pada nyamuk yang menimbulkan ilham untuk mencari jalan penyelesaian bagi memboleh menyelamatkan parti milik Melayu. Kalau saya mati, keluarga saya saja merasakan kehilangannya tetapi jika UMNO mati masa depan Melayu entah bagaimana? Pemimpin datang dan pergi, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu belum boleh mati lagi.
Saya harus tunjukkan kepada peminat saya bahawa penulis selaku pemimpin pemikiran rakyat sentiasa berusaha untuk cepat sembuh dari sakit dan tidak boleh menyerah kalah, biarpun sakit yang diderita semakin teruk. Tanyalah pesakit Chikunkunya betapa sakitnya derita yang ditanggung.
Wajarkah ketika bila sudah tua kita harus bersara dari pekerjaan, berpeluk tubuh tidak buat apa-apa? Salah siapa ketika masih muda tidak berusaha untuk mempersiapkan segala sesuatunya bagi masa tua? Apakah kita terlupa apa akan jadi pada bangsa Melayu yang mengharap subsidi, bergantung hidup pada parti, hidup dalam comfort zone bila kuasa politik tidak ada lagi ditangan Melayu? Nasib baik pemimpin UMNO belum hilang akal.
Sakit seperti kekalahan, sepatutnya merupakan suatu pelajaran bagi kita. Jadi, sudah sewajibnya kita tidak mengulanginya lagi. Masyarakat sudah tidak suka lagi kepada orang tua, mereka fikirkan UMNO sama seperti orang tua yang perlu dibuang ke rumah orang tua. Jika tuan menebang jati biar serpih jangan tumbang, jika tuan mencari ganti biar lebih jangan kurang.
Tiba-tiba saya teringat, saya masih lagi memegang jawatan selaku AJK Penerangan UMNO Pusat biarpun saya tidak pernah dipanggil sejak Tan Sri Mohd Taib mengambil alih jawatan dari arwah Tan Sri Megat Junid selaku Ketua Penerangan UMNO. Apakah saya tidak boleh menyampaikan buah fikiran saya?
Datuk Seri Najib suruh pemimpin UMNO mesra rakyat, mereka di ibu pejabat UMNO terlepas pandang bahawa penulis itu adalah mata, telinga dan suara rakyat. Tun Razak suruh pemimpin UMNO menjaga para penulis. Zaman Abdullah Badawi jadi Presiden dan Perdana Menteri, Mat Taib jadi Ketua Penerangan, Radzi Sheikh Ahmad jadi Setiausaha Agung, Jeneral pencen jadi Setiausaha Kerjanya, penulis dianggap seperti musuh. Pegawai polis digunakan menghalau saya dan para penulis jangan jual buku di Bangunan UMNO. Sudah hilang akal mereka ini. Radzi hilang jawatan, Pak Lah akan bersara apakah mereka tidak mahu belajar dari kesilapan sendiri?
Tuhan memberikan kita jalan masing-masing, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri. Betulkah puak UMNO perlu brand yang baru? Betulkah anak muda hari ini yang mempunyai minda brand consciousness mengutamakan jenama atau mereka perlu Ketua Pemuda yang berwibawa untuk memimpin mereka?
Apakah lambang dacing BN sudah seperti mekap Max Factor? Tanya anak muda hari ini Max Factor itu apa? Mereka pun tidak tahu, melainkan dari golongan elit saja. Apakah kita sedar peranan blogger dan kaki kacau yang merosakkan pemikiran anak muda kerana sikap mereka yang tidak layak jadi pemimpin, hidung sudah terhidu bau kain kapan dan keranda, masih tidak mahu bersara?
Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang menentukan nasib kita dengan keberanian untuk mengubah imej dan sikap kita yang sudah tidak menyelerakan? Kereta yang chasisnya bengkok pun masih mahu berlumba, peribadi sudah diselimut dengan dosa. Pemimpin UMNO bukan saja perlu mesra rakyat, perlu mesra penulis dan bersikap terbuka. Jangan terlalu ego, Tuhan memusuhi manusia yang angkuh, sombong, bongkak, bakhil, kejam dan zalim tetapi masih mahu memakai topeng dajal.
Alangkah baiknya jika saya ada pipeline dengan Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri. Pak Lah sudah membuka pintu kebebasan akhbar seluas-luasnya di zaman era langit terbuka. Pak Lah juga telah membantu membuka pintu penjara untuk Anwar Ibrahim tetapi selama menjadi Perdana Menteri, Pak Lah tidak buat apa-apa. Pak Lah lupa Tunku Abdul Rahman dulu dibuang kerana sikapnya ‘tak pa... tak pa...’ Setiap pemimpin ada musimnya.
Chikunkunya sedang menyerang ramai manusia di seluruh Malaysia termasuk saya, seperti Pakatan Rakyat sedang menyerang BN dan para blogger yang mempunyai minda kriminal dan para penfitnah yang perangai macam nyamuk aedes. Mereka terlupa, bagi orang yang tidak cinta dunia dan tidak takut mati, kita peduli apa.
Sakit yang menyerang pemimpin UMNO orang tidak nampak, ia seperti hama yang menyerang sendi, bisanya amat menyakitkan. Pesakit Chikunkunya jika tidak ada survival instinct kuat semangat untuk terus hidup akibat tidak adanya jati diri dan modal insan yang memulihkan semangat the will to fight , win or die, menang atau mati pasti kita semua yang bernama Melayu akan menghadapi social sinking. Melayu akhirnya hilang di dunia. Mahukah bangsa Melayu menjadi pengemis di negara yang satu masa dulu dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu?
Hampir dua minggu saya demam dan bisa-bisa badan, bila semakin teruk rasanya, saya kena cari doktor. Tuhan temukan saya dengan Dr. Sharifah Sukinah. Pemimpin UMNO perlu cari doktor falsafah dan penasihat kerohanian yang memahami politik adalah seni yang terulung - Al-Ghazali. Akibat Pak menteri telah memberi jawatan Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar dan penasihat di sekeliling yang bukan ahlinya, maka kehancuran yang berlaku sudah dari awal boleh diramalkan. Bila mahu beri peluang kepada penasihat bukan dari jenis yes men, ya boss, betul boss, yang penting boss senang.
Chikunkunya? Kenapa kita terpaksa mengalah? Mereka yang diserang oleh gigitan nyamuk aedes bila tiba ajal menghadapi mati yang ngeri atau pesakit HIV, AIDS akan terus hidup jika mereka mempunyai survival instinct yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah, tidak gugur hatta satu daun kering jika tidak dengan izin Allah. Berapa ramai pemimpin yang berfikir tentang Allah SWT? Berbaring, duduk, berjalan mengingati Allah SWT. Allah SWT adalah sebaik-baik penolong.
Saya memberitahu isteri dan anak-anak saya supaya jangan beritahu sesiapa yang saya telah dimasukkan ke dalam hospital kecuali ahli-ahli keluarga terdekat termasuk anak-anak angkat. Ramai yang datang melawat sehingga saya tidak dapat berehat, namun kasih sayang adalah sebaik-baik ubat.
Hendak cerita pada orang saya dimasukkan ke hospital kena gigit nyamuk kecik pun boleh rebah, malu, besarnya ego penulis. Apa sudah jadi dengan S.H.Alattas penulis 56 buah buku politik dan yang telah menjatuhkan ramai pemimpin besar negara, terlantar akibat digigit seekor nyamuk? Samalah seperti para pemimpin UMNO yang baru kalah di Terengganu, kalah di kubu kuat UMNO sendiri. Sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah.
Mereka yang pernah membaca the eight general boleh belajar bagaimana seorang general yang bersembunyi dalam gua dapat semangat bila melihat bagaimana gigihnya seekor labah-labah yang tujuh kali rebah hendak menyiapkan sarang. Masuk kali kelapan akibat adanya survival instinct berjaya menyiapkan sarangnya. Semangat, semangat itu penting. Semangat penting ketika diri dalam keadaan yang lemah. Minta ampun pada Tuhan, mohon pertolongan dari Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Perkasa.
Kalau saya digigit oleh harimau atau di belit oleh ular sawa Anaconda atau dibaham oleh buaya Bujang Senang di Sarawak takpelah juga. Berita bagi seorang penulis adalah bila orang itu menggigit anjing, bukan digigit anjing. Macam mana mahu cerita dengan orang yang Pak Habib yang begitu kontroversi bertempur di medan perang politik sama ada pilihan raya umum atau pemilihan parti hilang semangat kecewa semata-mata akibat umur sudah menua, tidak mampu melawan sedangkan nyamuk Chikunkunya kecik aje! Tiba-tiba teringat Omar Mokhtar Singa di padang pasir Libya.
Selama ini saya berpegang kuat dengan slogan selagi hidup selagi melawan. Jika kita mahu mati, mati melawan dalam gelanggang sebagai seorang pahlawan, barulah Melayu tidak hilang macam itu saja. Gugur di medan perang sebagai pahlawan bangsa seperti As-Shaid Chamron, Menteri Pertahanan Iran yang meletak jawatan menteri, turun ke medan perang gugur selaku seorang syahid semasa mempertahankan bangsa dan negara ketika Iran diserang oleh Iraq.
Inilah hakikat hidup namanya, biarpun manusia adalah makhluk yang tidak berdaya dan upaya melainkan Allah juga yang Maha Berkuasa tetapi kita perlu yakin dan penuh keyakinan. Tuhan suruh kita berdoa dan berikhtiar, tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya. Mungkin juga ini satu kifarah dosa pena saya yang beracun membuatkan ramai pemimpin rebah seperti dosa pemimpin UMNO yang angkuh, bakhil, kejam, tidak adil, tidak mesra rakyat, tidak kasihkan rakyat seperti Nabi Muhammad SAW kasihkan umat. Tidak menunaikan amanah Allah selaku seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
Tuhan perintahkan manusia supaya bersatu, berkasih sayang, tolong-menolong sesama Islam bukan berperang dan bermusuh-musuhan.
Wahai orang-orang yang beriman bersatu padulah kamu berpegang teguh pada tali Allah dan jangan kamu bercerai berai.- Ali Imran
Begitulah maksud firman Allah SWT. Bila orang Islam yang memahami sifat Tuhan mereka perlu bersatu, yang satu mempunyai kekuatan seribu. "Manusia itu adalah umat yang satu" - Surah Al-Baqarah, ayat 213.
"Manusia dahulunya adalah satu umat, kemudian mereka berselisih."- Surah Yunus, ayat 19.
"Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu" Surah Al-Anbiya, ayat 92, juga Surah Al-Mukminun, ayat 52.
"Hanya orang-orang mukmin saja yang bersaudara." Kenapa orang Melayu mesti berpecah dua? Akibat berpecah belah Melayu jadi lemah.
Rekod menunjukkan lebih ramai manusia mati akibat digigit macam-macam jenis nyamuk dibandingkan mati akibat penyakit barah, batuk kering atau diserang binatang-binatang lain atau mati di medan perang. Sama seperti manusia yang menderita mati akibat terkena fitnah sebab itu dosa menfitnah sama seperti membunuh. Membunuh seorang manusia sama seperti membunuh manusia seluruh dunia akibat perang fitnah yang dianjurkan oleh Amerika dan Israel menerusi propaganda media massa, media elektronik di seluruh dunia untuk mempengaruhi manusia supaya memusuhi sesiapa sahaja yang mereka tidak suka. Kenapa kaki kacau kita terikut-ikut perangai mereka?
Israel menafikan cerita mereka menggunakan bermacam senjata, antaranya terdapat phosphorus dan sisa-sisa uranium, bom yang digugurkan mengingatkan kita di Nagasaki dan Hiroshima dalam perang dunia ke dua. Perbezaannya, Jepun menyerah diri tanpa bersyarat, sedangkan Hamas tetap melawan, tetap kuat. Senjata musuh-musuh Islam belum mampu memadamkan pemimpin Hamas yang jiwanya kebal.
Kekejaman terhadap ramainya orang awam yang tidak bersalah memberikan kesedaran di seluruh dunia sehingga barangan AS yang menyokong Israel di boikot. Keluarkan diri dari kotok pemikiran akibat menutup pintu ijtihad.
Selaku seorang pemikir, sakit-sakit juga, ia tidak menghalang saya untuk terus berbakti. Socrates, Galeleo dan Spinoza mampu menghasilkan karya yang hebat sewaktu terlantar di atas katil. Saya terfikirkan satu siri TV yang bernama Criminal’s Mind B.A.U (behavioral analysis unit). FBI ada menubuhkan satu unit khas penganalis untuk mengkaji human behavior sosiologi dan saikologi manusia yang mempunyai minda penjenayah yang bahayanya seperti nyamuk aedes, tiruk dan Chikunkunya. Bila agaknya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang baru akan menubuhkan unit yang sama?
Jangan main dengan benda-benda kecik, jangan pandang ringan telefon bimbit di tangan kaki kacau, sanseng politik yang dua muka. Bila terasa diri besar dan berkuasa, belajar buka topeng, kenal siapa yang bermuka manis tetapi hati macam puaka. Ingatan kepada pemimpin yang telah saya sampaikan mengenai blogger gila yang mempunyai criminal mind dan penulis di akhbar nyamuk, jika UMNO belum ada pemikir yang berjuang semata-mata untuk menyelamatkan bangsa dan negara.
Sehebat macam mana pun seseorang manusia itu, boleh berlawan dengan harimau atau buaya sekalipun dia akhirnya akan tewas oleh binatang yang paling kecil yang boleh dibunuh hanya dengan pok-amai-amai sahaja seperti berbahayanya telefon bimbit yang tenggelam dalam gengaman penjenayah minda.
To seek, to fight, and not to yield- Ulysses