Banyak perkara yang berlaku diatas muka bumi ini yang boleh dianggap sebagai ‘satu kebetulan’ ‘coinsident’ sebenarnya dirancang dan ditentukan oleh Allah SWT sekiranya kita percaya kepada qada dan qadar ketentuan Allah SWT. Allah hu akbar, Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Maka marilah kita memulakan apa saja yang kita buat dengan membaca Bismillah hir rahman nir rahim. Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani.

Saya tidak tahu berapa ramai diantara ‘blogger’ yang hadir pada pertemuan bersejarah yang berlangsung di Concord Hotel pada 21hb. Oktober 2008 sedar yang ‘blogger’ telah diiktiraf oleh YB Dato Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri sebagai media ‘mainstream’. Syukur Alhamdulillah.
"They (internet news) have actually become mainstream"

Dan apakah Hamid Albar tahu mengenai ‘gencatan senjata’ dan diantara agenda utama blogger ialah menuntut pengiktirafan? Masuk kedai mamak hendak minum teh tarik, datang orang belanja makan nasi beriani. "Seronok giler" ganti pribahasa pucuk dicinta ulam mendatang.

Bayangkan satu blogger seperti Raja Petra yang saya label gila boleh memeningkan kepala, inikan pula bila ramainya ‘blogger’ yang keras kepala, terlalu tinggi egonya telah mencipta nama, tak takut pada sesiapa, dilabel ‘gila bahasa’ bersatu di bawah satu bendera dan diberi pengiktirafan sebagai media arus perdana. ‘Best giler’ kenapa, tak percaya ke? Tahu tak apa.

Ron ‘Dato Rohanie’ manten Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang pernah jadi Presiden ‘Back Bench’ manten Ahli Parlimen Sri Gading yang diberi peluang berucap memberitahu saya dia terkejut bila melihat blogger yang sedang mengasah parang panjang untuk berperang boleh duduk semeja.

Itulah sikap setia kawan penulis yang boleh rasional, yang boleh membuat ramai ahli politik pening kepala, tidur tak lena. Sekiranya mereka tidak boleh mengadakan ‘gencatan senjata’ seperti kita, demi kepentingan agama, bangsa dan negara kita bersedia korbankan ‘ego’, mungkin juga ‘periuk nasi’ kita, biarlah rakyat yang menilai. Setinggi mana nilai seni kepimpinan diantara pemimpin yang menganggap pengikut seperti ayam daging dan pemandu bas yang memikirkan keselamatan penumpang dalam bas mereka.

Lima belas tahun dulu saya pernah membawa para penulis politik berkumpul dan bersatu, mulanya di Holiday Inn untuk pelancaran buku ke 25 Tuanku Mahathir Lawan Sultan Mahmod - 1993, dimana Tengku Zanariah (Ku Yah) anakanda Almarhum Sultan Selangor menjadi penaungnya. Kemudian saya selaku Presiden Kelab Penulis Politik Malaysia mengundang mereka untuk bersidang di Hotel E.N.O Penang, ketika para pemimpin UMNO sedang mengadakan ‘road show’. Mungkin M.S.O. Ustaz Sayuti Omar yang saya berikan penghormatan untuk membaca doa dalam majlis bersejarah yang pernah menjadi Setiausaha KPPM boleh menceritakannya.
Terima kasih ‘blogger’ pada Dato Aziz Chemor seorang geologist dan tokoh korporat yang dikenali dan dihormati oleh pemimpin di Sulawesi dan di Indonesia yang meminta Pak Habib mengumpulkan penulis yang ada blog untuk mengadakan hari perdamaian, cease fire atau "gencatan senjata". Kita semua mesti berhenti berperang sesama sendiri ‘make peace not war’. Islam erti kedamaian.
Nama Aziz Chemor ini diberikan oleh Pak Lah satu waktu dulu, teman rapat Pak Lah, Tun Mahathir juga Tengku Razaleigh. Jika nak tahu siapa Aziz Chemor, tanya ketiga-tiga pemimpin negara, Pak Lah, Ku Li dan Tun Mahathir, apa jasa Aziz Chemor?
Dato Aziz Chemor yang sentiasa mengadakan pertemuan dengan penulis pernah memberitahu saya bahawa penulis bukan cuma penyebar informasi, tidak perlu mengutamakan populariti selaku pemikir dan penganalisa politik, mereka perlu mengajak rakyat berfikir dan membawa cita-cita untuk perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kerjaya mereka satu tugas yang mulia.
Antara sebab dia memanggil para ‘blogger’ untuk mengadakan ‘gencatan senjata’, dia tak mahu perang yang berlaku sesama pemimpin Melayu kerana mengikutkan nafsu yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Dia tak mahu apa yang berlaku dalam politik Indonesia yang sedang menuju kehancuran kerana campur tangan anasir luar yang tidak dibendung oleh para pemikir yang terlalu sibuk dengan polemik sesama sendiri diteruskan di Malaysia. Bila politik bercelaru, ekonomi meredum, siapa yang rugi?
"Mudahan pertemuan ini akan membuka jalan dan memberi peringatan kepada kita bahawa kepentingan negara lebih utama dari segala kepentingan lain," katanya yang terharu dengan kesudian blogger menyahut jemputan itu.
Saya terfikir jika Hamas dan Fattah boleh adakan ‘gencatan senjata’, juga Palestin dan Israil, kenapa tidak kita? Kita hidup di era globalisasi, langit terbuka, maka kita perlu bukan saja mengadakan ‘anjakan paradigma’ tapi mengadakan ‘paradigma holistik’ kerana apa yang sedang berlaku tengah hari ini akan diketahui oleh peminat blogger seluruh dunia. Tak guna termasuk dalam ‘guiness book of world record Malaysia’ mempunyai blog yang terbanyak didunia tapi bloggernya standard ‘half past six, one cent no use’. Mudah-mudahan siapa saja yang sedang berperang adakan ‘gencatan’. Kita masih berada di bulan syawal minal aideen wal faezen faantom bikhayrin, ucapan Selamat Hari Raya, bermaaf-maafan, silatulrahim yang terputus disambungkan.
Masing-masing bersetuju untuk melupakan isu politik kepartian buat sementara, melupakan agenda untuk mengangkat idola masing-masing, sama ada orang Mahathir, orang Pak Lah, juga orang Ku Li dan pemimpin dari lain-lain parti. Setiap orang ‘mukmin’ itu bersaudara, tak kira siapa saja saudara kita yang teraniaya dan dizalimi, hati kita tetap sakit sama.
Ramai yang bersetuju untuk ‘link’ menggabungkan setiap blog kerana setiap penulis berhak menyuarakan pendapatnya, maka saya membuka sh.alattas.com untuk memuatkan tulisan mereka mengenai ‘gencatan senjata’ yang akan tamat pada 31hb. Oktober 2008 dalam blog saya minggu ini.
Blogger kena ingat, tak kiralah Dr. Khir Toyo atau Tun Dr. Mahathir, penulis dan ahli politik tak sama. ‘Blogger’ pemimpin pemikiran rakyat. ‘Minda’ yang tersiar dalam blog tak sama masa jadi pemimpin, pemimpin politik bila sudah tak jadi menteri boleh terlepas dari apa yang dicakapkannya. Mungkin atas alasan ‘collective responsibiliti’ tapi tulisan oleh blogger akan kekal untuk selama mana ia disimpan sebagai dokumentasi sejarah.
Kita semua pemimpin, setiap pemimpin akan ditanya mengenai kepimpinannya selain tulisannya. Ia akan digunakan oleh mereka yang minat sains politik untuk membuat kajian.
Bercakap mengenai ‘gencatan senjata’ saya teringat, setelah kembali dari perang Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan di mana umat Islam telah mendapat kemenangan dan Badar adalah perang terbesar. Sahabat bertanya pada Rasulullah SAW, "apakah akan ada perang yang lebih besar dari perang Badar?" Rasulullah SAW menjawab, "ada, perang nafsu". Marilah dalam masa ‘gencatan senjata’ ini kita berperang dengan nafsu kita. Marilah kita ‘muhasabah’ diri, tanya siapa musuh kita sebenarnya? Samakah orang yang berilmu dengan orang tak berilmu? Mahukan dunia dengan ilmu, mahukan akhirat juga dengan ilmu. Mahukan kedua-duanya juga dengan ilmu - hadis.
Antara mereka yang hadir Datuk Kamal Amir, Yassin Salleh, Datuk Rohanie Ahmad, Yahaya Ismail, Abdul Muluk Daud atau Dharmalan NS, Abu Bakar Ninggal, Salahuddin Hashim, Zabidi Saidi, Zakaria Bidin, Johari Ismail, Yusuf Merah, Don Hussein, Sudirman Ahmad, Azman Aziddin, Norazman Khamis, Wan Talib Omar, Zainordin Abd Rani, Wan Ahmad Talib, Maidin Othman dan lain.
Mari kita belajar dari sejarah Perang Uhud, Perang Khandaq dan yang terpenting Perang Sifin, perang antara Siti Aishah isteri Rasulullah SAW dan Ali bin Abi Talib menantu Rasulullah SAW. Ketika itu belum ada idologi. Politik yang memecah belahkan persaudaraan Islam antara Bani Hashim dan Bani Umiah seperti team A dan team B, antara anak dan menantu, antara isteri dan menantu.
Selaku orang yang beriman bila kita mendengar siapa saja, di mana saja terutama di dalam rumah Allah yang menyebut nama kekasih Allah Nabi Muhammad SAW, marilah kita berselawat, kerana Allah dan para malaikat, berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. "Allah huma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad". Mereka yang tidak berselawat ketika terdengar orang menyebut nama Nabi SAW adalah orang yang bakhil.
Sewaktu menerima s.m.s. dari Ron yang meminta doa restu dari kawan-kawan yang dia mahu menawarkan diri supaya diberi peluang untuk bertanding sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO, saya berjanji akan meminta para bloger agar memberi sokongan sepenuhnya kepada hasrat bloger kudakepang.
"Saya lihat Umno kini sudah menyimpang jauh. Perjuangannya bukan lagi untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah dengan sedikit pengalaman politik dan demokrasi yang ada hasil pendedahan saya di peringkat antarabangsa saya akan cuba memperbetulkan penyimpangan itu," katanya sambil mengharap para ‘blogger’ akan membantunya kerana beliau tidak ada jentera kempen seperti calon-calon lain.
Tapi saya mahu mengingatkan Ron, pesanan YB Dato Ghapur Kalabakan, singa UMNO Sabah yang pernah mencuba nasib ‘once bitten twice shy’. Ghapur yang tak takut kepada sesiapa ini bila menyuarakan suara rakyat di Parlimen kata ‘tidak guna wang kalah, jika guna wang salah. Mudah-mudahan mereka yang mencuba tak merasa serba salah.
Antara ucapan saya yang didokumentasikan oleh MSO yang saya minta untuk membaca ‘doa’, dalam blognya;
"Sudah sampai masanya kita bersatu dan membela diri kita sendiri. Lupakan politik sekejap....selama ini kita asyik membela orang politik saja, jadi mulai sekarang kita kena bangun membela diri sendiri," .
"Selama ini penulis diperkecilkan dan kehadiran kita tidak dirasai kerana kita tidak bersatu menyebabkan kekuatan atau senjata yang ada kepada penulis mereka (orang politik) tidak nampak dan kita dirasakan tidak memberi impak kepada mereka,".
"Penulis juga tidak kurang dengan ilmu malahan penulislah yang menjadi pembentuk fikiran rakyat sewajarnya diletakkan di Dewan Negara,"
Yahya Ismail pernah dilantik bersama saya oleh arwah Tan Sri Megat Junid ketika itu Ketua Penerangan UMNO sebagai AJK Penerangan UMNO Pusat berkata:
"Kita hendaklah bersatu memberi sokongan kepada rakan kita dengan harapan beliau (Ron) akan dapat membawa suara penulis ke dalam arus politik perdana," kata Pak Ya disambut tepukan bergemuruh.
Memang sejak dari dulu lagi saya inginkan agar wartawan yang kini dikenal sebagai ‘blogger’ dihormati oleh para pemimpin dan rakyat. Biar bagaimana pun kita kena jaga akhlak, hormati orang lain jika kita mahu dihormati.
Dulu penulis menggunakan mata pena. Pena itu lebih tajam dari pedang. Hari ini ‘internet’ menjadi ‘bom berangkai’ namun kita kena ingatkan siapa kita? Jangan cuma tanya orang ‘lu siapa?’ Ingat juga ‘not the book, the writer’. Bukan blog tapi yang ditakuti ialah blogger. Contoh sama ke penulis yang blognya popular tapi goblok dengan Tun Dr. Mahathir? Memang mudah menulis dengan hujung jari. Pembaca hendak apa yang tersirat selain yang tersurat.
Konsepsi blog akan lebih bermutu dan dihormati sekiranya berdasar pada keperluan informasi masyarakat.
Ramai diantara teman penulis yang telah meninggal dunia diantaranya Saudara Halim Mahmood Editor Watan, Khalid Jefri, Zakri Abadi, Harounperancis, Salim Kassim, Al-fatehah untuk mereka.
Dan ketetapan atau pun persetujuan yang dikira besar diambil pada pertemuan itu ialah meminta kerajaan melantik di kalangan penulis dan bloger sebagai ahli Dewan Negara di masa akan datang.
Menulis bukan untuk mencari nama semata-mata dan mengejar populariti seperti artis dan selebriti. Tugas dan tanggungjawab penulis yang sebenarnya adalah untuk mendidik, selain membawa khabar berita apa yang sedang berlaku, akan berlaku, masa depan dengan berpandukan sejarah silam sambil berkomunikasi dengan pembaca.
Jangan lupa mengingatkan diri, kerjaya blogger sebagai amanah, jika kita tak mahu ditolak oleh rakyat seperti media arus perdana dan pemimpin UMNO sendiri yang telah menyalahgunakan kuasa akibat tidak mempelajari sains politik sebelum menceburkan diri sebagai seorang ahli politik.
Kapten kapal mesti memikirkan penumpang dan hala tuju, begitu juga seorang jurutera. Berbeza dengan gembala kambing yang memelihara kambing, bila besar, gemuk, dijual.
Marilah menerusi internet, website dan blog mereka, kita satukan Melayu yang sedang berperang dengan menjadikan blogger yang sedang mengadakan ‘gencatan senjata’ untuk muhasabah diri sebagai contoh teladan. Tugas dan tanggungjawab blogger ini berat, bukan sekadar menjadi penunggang kuda trophi, bukan sekadar menjadi pembesar suara untuk mereka yang dijadikan idola tapi mengingatkan yang kita mempunyai peranan yang lebih penting dari pemimpin parti politik yang oportunist. Ikutlah perintah Allah SWT.
Sebagai mengakhiri tulisan ini saya ingin mengingatkan mereka yang baru muncul sebagai ‘blogger’ meneliti tulisan dibawah ini.
Wartawan dituntut selalu peka menggunakan indera keenamnya. Mereka harus bisa menemukan soal besar dan menarik yang acap terselip pada berita kecil. Mereka mesti mampu menggunakan matanya lebih intensif dari orang biasa, dan memasang telinganya seperti hendak membuka tabir rahasia. Mereka harus merasakan apa yang orang lain tidak rasakan, sekaligus senantiasa belajar dan memaknai gerak kehidupan dengan segala fenomena yang mengiringinya.
Turut membuat ucapan selain dari Pak Ya, abang Zak dan Yassin Salleh yang meminta agar blogger bersatu menyeru Raja Petra dibebaskan dari tahanan ISA.
Kata Pak Ya kalau penulis atau bloger bersatu sudah tentu mereka (orang politik) akan takut dan akan memberi reaksi atas apa-apa juga pandangan yang dilontarkan oleh penulis.
Adakah yang lebih kejam dari penulis yang menggunakan blognya untuk melakukan kutukan defamasi yang boleh membunuh pemimpin yang tak berdosa dengan fitnah atau pemimpin yang seperti macam taukeh ayam daging? Ini kesalahan luar biasa yang merosakkan agama, bangsa dan negara namun kerana kuasa berada ditangan mereka luput begitu saja. Kesalahan yang ditelan alasan oleh para jiwa-jiwa kerdil bahawa yang bangga dengan kesalahan ini angkuh semata-mata kerana mereka ada kuasa, boleh buat sesuka hati seperti kejamnya imam didalam masjid yang buat bising guna pembesar suara melaungkan bacaan Al-Quran lama-lama sebelum solat subuh ketika kerjakan solat dan doa yang panjang lebar yang boleh didengari berbatu-batu jauhnya.
Sebagai mengakhiri tulisan ini marilah kita renungkan pendapat dalam ‘the republic’, ahli falsafah plato melakarkan perdebatan antara socrates dan thrasymachus, tentang perbezaan raja yang zalim dan yang adil.
Kata socrates, setiap seni yang diamalkan manusia bertujuan untuk menyenangkan manusia yang lain, seorang tukang kasut misalnya, atau seorang doktor mengamalkan seni kedoktoran bagi mengubati pesakit, sementara seorang kapten kapal pula memastikan anak anak kapal beliau berada dalam keadaan yang baik. Maka bertanyalah socrates kepada thrasymachus, adakah seni politik, seni yang bertujuan untuk memaksimakan kemaslahan manusia sebuah pengecualian dari seni di atas? Adakah seorang pemimpin atau ahli politik mengamalkan seninya untuk menguntungkan dirinya semata-mata?
Lalu jawab thrasymachus, bukan semua seni manusia bertujuan untuk menguntungkan manusia lainya, lalu thrasymachus mengambil contoh sang pengembala kambing yang memberi kambingnya makan dan mengemukkan kambing kambingnya, namun kambing itu adalah untuk disembelih, menguntungkan sang pengembala tadi. Tetapi Socrates pula mengatakan, adakah seni politik itu lebih dekat kepada seni kedoktoran itu tadi ,atau adakah ia seperti memberi makan kepada kambing?
Soalan retorik ini menunjukkan bahawa andai seorang pemimpin itu menganggap pengikutnya sebagai manusia lain, baik anak kapal atau pesakit, yang mesti ia berikan service nya yang terbaik, maka seninya itu akan memberikan beliau kebahagiaan dan kepercayaan dari pengikutnya.

Datuk Seri Syed Hamid Albar
The Star - 21 Oktober 2008

Andhy Pallawa
Editorial
Megatrend