Assalamualaikum




Bacalah, Bacalah
dengan nama Tuhan yang menjadikan kamu.





This site is best viewed with Internet Explorer 7.0


28/08 : SIAPA MANGSA? KONSPIRASI SIAPA?


Betul ke Dato Seri Najib Tun Razak terlibat dengan konspirasi untuk jahanamkan Anwar dengan menggunakan Saiful? Saya mengucap panjang ‘la illah haillallah Muhammadul Rasulullah’. "Astarfirullah hir azim". Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita semua yang hanya tahu menggunakan satu telinga saja. Kita ada dua telinga kenapa mesti dengar dari satu pihak saja?
28/08 : MESTI PANDANG BELAKANG... TENGOK DIA ADA KE...?

17 Ogos 2008 setelah check-out Royal Pacifik Hotel tengah hari Sabtu itu saya terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaitak untuk menaiki Penerbangan Malaysia MH073 yang akan berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 2.45 petang dan tiba di KLIA pada pukul 6.15 petang.

27/08 : ORANG KECIK MELAWAN SETAN BESAR

Ketika kami sampai di Crown Plaza Hotel pada pukul 8.30 malam 7hb. Julai 2008 untuk mendengar ucapan Presiden Republik Iran, Ahmadinejad yang terkenal dengan kontroversinya. Dewan sudah hampir penuh dengan rakyat Iran juga ‘orang kita’ Melayu yang berfikiran di luar kotak yang tidak membenci dan memusuhi Iran kerana bermazhab ‘Syiah’.
26/08 : ANWAR NAKAL TAPI MENYERONOKAN BETUL KE....?

Kita semua masih ingat dengan Salman Rushdie. Hari ini penulis novel berbahasa Inggeris berkerunan India itu sudah diberikan bintang ‘Knight of the British Empire’ yang membawa gelaran ‘Sir’. Soalnya apakah Salman Rushdie merupakan penulis berbahasa Inggeris terbaik yang masih hidup? Atau apakah gelaran tersebut diberikan kerana dia telah membuatkan rakyat Islam dan umat Islam di seluruh dunia marah kerana novelnya The Satanic Verses?
25/08 : NASI LEMAK & THE INTERNATIONAL 'COFFEE BOY’

15 Ogos 2008, menerusi jendela bilik Royal Executif Suite, Royal Pacific Hotel & Tower, Kowloon, Hong Kong yang terletak di tingkat 18, saya melemparkan pandangan jauh ke Victoria Harbour, kawasan perairan air dalam yang memisahkan antara pulau Hong Kong dan Kowloon serta Wilayah Baru, New Territories.
23/08 : SAYA BINI PUNYA BELAKANG GARMEN PUNYA KE?

Sewaktu memandu pulang dari menghadiri ‘press conference’ di Pan Pacific, Kuala Lumpur menuju ke rumah saya di Janda Baik menerusi Lebuhraya Karak yang beralun dengan didakap hutan belantara di sepanjang jalan dan bersambung pula dengan jalan lama menuju ke Bukit Tinggi dan Bentung dengan hutannya yang menghijau sebelum membelok ke Genting Sempah, macam-macam ada dalam fikiran saya, muncul yang ‘baik’ dan ‘tak baik’ namun saya mesti tapis.
21/08 : SODOMI, BONTUTI, AL-LIWATI ANWAR YANG DIMINATI

7hb. Ogos, di Indonesia disebut Augustus 2008, sebaik saja saya bersama kawan saya Mazlan duduk di meja sebuah restoran, pelayan yang genit bersopan santun bertanya, "Mahu makan apa Pak?" Mazlan yang tidak biasa dengan makanan Indonesia meminta supaya saya yang membuat pesanan. "Satu sup Bontut, dua nasi rawan".
21/08 : BERTEMU AL-LIWATI DI BUNTUTI STREET, DI STOR KUNYIT BANGKOK

Pukul 6 pagi, hari Jumaat waktu Bangkok, 25 Julai 2008, saya berdiri di tepi tingkap dari bilik 1442, Hotel Dusit Tani sambil memerhatikan cahaya merah menandakan munculnya sang matahari dari belakang bangunan pencakar langit di Bandaraya Bangkok. Di depan saya tersergam indah Taman Lumpari yang menghijau di tengah keriuhan kota.
17/07 : ANTARA SI ALIM DAN SI ZALIM
Cerita saya minggu ini untuk renungan dan untuk muhasabah diri ialah mengenai seorang manusia yang bernama Hisyam Bin Abdul Malik. Dia ini jenis manusia yang berdarjat-darjat, manusia yang tak makan saman sebab dia adalah putera mahkota yang bakal mewarisi kerajaan Dinasti Bani Ummaiyah.
Klik untuk maklumat lanjut... Go to page >>












